Search This Blog

Powered By Blogger

Thursday, December 17, 2009

HALUAN

HALUAN adalah singkatan kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1988. Ianya merupakan sebuah NGO yang berteraskan kepada prinsip dan nilai Islam, mencurahkan bakti kepada setiap lapisan masyarakat yang memerlukan tanpa batas kepercayaan agama, bangsa, politik mahupun geografi.

Pada peringkat awal penubuhan, aktiviti HALUAN terbatas kepada usaha-usaha kebajikan untuk manfaat ahli-ahli. Di peringkat ini, aktiviti-aktiviti HALUAN tertumpu kepada program-program seperti seminar dan kaunseling pelajar dan remaja, pendidikan keluarga, kursus-kursus berkaitan ekonomi dan keusahawanan, dan juga kem-kem motivasi dan pengurusan. Walaupun aktiviti-aktiviti tersebut juga melibatkan masyarakat umum bukan dari kalangan ahli, ianya agak terbatas.

Sejak tahun 2002, dengan peningkatan keahlian dan kemampuan mereka terbentuk baik, HALUAN mula melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Perkembangan terancang ini melibatkan aktivis-aktivis HALUAN turun membantu mengubati masalah-masalah sosial, di samping bantuan-bantuan kepada masyarakat miskin, terbiar, anak-anak yatim, mereka yang ditimpa bencana dan seumpamanya. Usaha ini juga dapat memberi ruang kepada mereka yang mampu dan ikhlas dari kalangan masyarakat untuk menjadi relawan bersama HALUAN dengan usaha yang kemas dan tersusun.

ASPIRASI HALUAN – Berakhlak, Mendidik dan Berbakti
Sebagai perkumpulan graduan yang prihatin, HALUAN memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti bantuan pendidikan, bimbingan dan kemasyarakatan untuk memenuhi tanggungjawab asas kemanusiaan, di samping menunaikan kewajipan kepada Pencipta dalam membina masyarakat yang memahami dan menunaikan tanggungjawab, hidup dalam harmoni, berwawasan dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Oleh itu, ahli-ahli dan aktivis-aktivis HALUAN bersandar kepada motto mereka, iaitu ”berakhlak, mendidik dan berbakti”. Adalah menjadi aspirasi HALUAN untuk bersama masyarakat dalam apa juga bentuk aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan ruang-lingkup motto tersebut. Ahli-ahli HALUAN kini bertanggungjawab untuk bergerak ke hadapan, bersedia dan bangga untuk membantu, supaya sentiasa dirasai kehadiran mereka dalam masyarakat, tanpa unsur-unsur kemegahan atau kepentingan diri atau pihak-pihak tertentu.

Secara umumnya, objektif kepada aktiviti-aktiviti HALUAN adalah seperti berikut:

  • Membantu kerajaan dalam menangani masalah sosio-ekonomi terutama dalam aspek pembinaan keluarga bahagia, penyelesaian konflik keluarga dan remaja, saran keluarga tunggal, miskin dan anak yatim.
  • Mengekalkan semangat dan sifat prihatin dalam masyarakat Malaysia untuk menyumbang kepada keharmonian dan kerukunan masyarakat.
  • Menjadi bahan perantara penderma dan penerima derma.

HALUAN

Sunday, December 6, 2009

Sejenak Bersama HPA

Suka duka, pahit manis, hitam putih, garam gula… semua ini telah sebati dalam jiwa warga HPA. Jatuh bangun, susah senang, segalanya dikongsikan bersama. Saat dunia mengalami kemerosotannya, HPA mampu menanganinya hasil daripada sokongan ahli-ahli yang setia berjuang bersama HPA. Setapak demi setapak, selangkah demi selangkah… HPA kini terus membangun, mengejar kejayaan berdasarkan keperluan umat Islam sejagat. Nama HPA sudah mampu untuk mendahului dan menyaingi produk-produk bumiputera yang lain. Pelbagai produk HPA telah dihasilkan dan berjaya mendapat tempat di kalangan umat Islam hari ini. Malah segelintir ‘non-Muslim’ juga sudah menyedari akan khasiat herba yang dikeluarkan HPA.

“Sekiranya mereka tahu rahsia khasiat herba kita, nescaya mereka akan tukarkan dengan ketulan emas”.

Inilah antara ‘ungkapan mutiara’ yang diilhamkan sendiri oleh Tuan Haji Ismail Ahmad, selaku Pengarah urusan HPA.

SEJENAK BERSAMA HPA

Diasaskan secara kecil-kecilan pada September 1987 yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al-Wahida oleh Tuan Haji Ismail sendiri, yang merupakan lulusan dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau yang dilahirkan pada 1 Jun 1963, pernah mempelajari ilmu herba secara tidak formal daripada keluarganya yang memang pakar dalam bidang ini. Pernah memasuki kawasan hutan sehingga ke sempadan Thailand. Beliau juga telah membuat kajian tentang herba-herba di Malaysia di UPM suatu ketika dulu (1982).

PERKEMBANGAN HPA

Sedekad sudah berlalu. Nama HPA terus gah di mata umat Islam, bukan setakat di Malaysia malah sudah berkembang dan telah berjaya memasuki pasaran dunia. Lihat sahaja 2 tahun yang lalu. Ketika itu penulis masih lagi berada di Malaysia. Ketika itu HPA tidaklah sehebat dan semaju kini. Bayangkan, setelah 2 tahun meninggalkan Malaysia penulis benar-benar teruja melihat perubahan dan kejayaan besar yang digapai oleh HPA. Nama HPA juga sudah dikenali dan disebut-sebut di merata tempat hatta di pasar malam sekalipun. Tidak kira masa dan waktu, produk-produk HPA telah bertakhta dan menjadi pilihan hati umat Islam kini. Sebagai contoh, yang terbaru kini HPA telah berjaya menyiapkan Kilang Cola Radix bertaraf antarabangsa yang menelan belanja jutaan ringgit. Kilang ini dijangka akan menjadi pesaing hebat di pasaran. Selain daripada zam-zam cola dan mecca cola, dijangka produk atas nama Cola Radix akan muncul di pasaran tempatan dan antarabangsa. InsyaAllah, semoga Allah menghadiahkan kepada kita pasaran dan rezeki yang halal sepertimana dikurniakan kepada orang-orang yang soleh sebelum daripada kita. Ameen.

MEHNAH DAN TRIBULASI

Namun, di sebalik kejayaan ini, pernah kami diuji dan teruji dengan ujian-ujian yang diturunkan olehNya sebagai bukti kasih sayang Illahi kepada HPA. Keberkesanan produk-produk HPA nyata membuatkan hati segelintir pihak kurang menyenangi dan tidak berpuas hati sehingga sanggup menabur fitnah semata-mata untuk mengaburi mata ahli-ahli supaya tidak lagi bersama kami. Setelah Kopi Radix terus menguasai pasaran kopi maka pelbagai helah dan spekulasi dilakukan untuk menjadikan imej HPA menjadi buruk disisi pengguna. Penjualan harga murah di pasaran sempat menjadikan pasaran Kopi Radix terjejas dan menimbulkan keresahan di kalangan Ahli HPA. Kopi Radix dikaitkan dengan daun ketum. Kopi Radix juga dikatakan tidak mengandungi Tongkat Ali walaupun pahitnya pokok Tongkat Ali terasa bila meminumnya. Tetapi, itu semua tidak sesekali mematahkan semangat perjuangan kami, kerana kami sentiasa mendapat kepercayaan dan sokongan yang kuat daripada para Ahli yang begitu setia bersama kami. Tahniah untuk semua Ahli HPA. Berilah pujian untuk diri anda, kerana anda telah terpilih untuk bersama-sama kami dalam memperjuangkan Ad-deen yang suci ini. Bersyukurlah kerana andalah bakal-bakal pedagang, pengusaha dan peniaga yang akan menghidupkan kembali perniagaan yang berlandaskan syariat Islam.

AKHIR KALAM…

Mereka yang tidak bertanggungjawab ini sememangnya ‘iri hati’ melihat kejayaan dan kepercayaan yang diterima daripada pengguna di luar sana. Pelbagai cara dan teknik yang dilakukan oleh mereka untuk meraih kepercayaan pengguna. Penghasilan produk-produk yang ditawarkan mereka kononnya selamat dan suci serta halal digunakan oleh umat Islam, hakikatnya ‘indah khabar dari rupa’. Produk yang dikeluarkan untuk umat Islam, tetapi pemiliknya merupakan non-Muslim???! Inikah yang dibangga-banggakan oleh umat Islam pada hari ini? Inikah jalan yang kita pilih untuk kita ‘bersoal-jawab di hadapan Al-khaliq nanti? Tepuk dada tanyalah iman… Sahabat…sampai bila lagi kita harus menunggu??

Marilah bersama-sama kami di dalam perjuangan HPA ini. Ketahuilah, perniagaan bersama HPA merupakan satu ibadat. 1 ringgit yang anda laburkan untuk HPA, tuntutlah bonus itu di hadapan Ar-Rahim nanti. Salam perjuangan dari penulis. Moga perjuangan yang belum selesai ini terus diberkati dan dirahmati Allah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubat. Kerana itu hendaklah kamu semua berubat dan jangan kamu berubat dengan benda yang haram.”

MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU BAGI UMAT ISLAM’

Nukilan :

Ku Mawaddah Ku Md Ali ; 11 Julai 2008

(Dipetik dari MetroHPA online)