Search This Blog

Saturday, December 4, 2010

Mengapa Yahudi Bijak Belaka?

Mengapa Yahudi sangat bijak malah lebih bijak daripada umat Islam sedangkan sebelum ini Islam telah melahirkan ramai cendiakawan seperti Fakhruddin al-Razi(Falsafah), Ibnu Sina(Perubatan), Abu Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi(Matematik), Abul Wafa Muhammad Al-Buzjani(Astronomi), Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi(Saintis), dan ramai lagi.

Dr Stephen Carr Leon pernah menulis satu tesis bertajuk "Mengapa Yahudi Pintar dan Bijak?" berdasarkan pengalamannya selama 3 tahun di Israel.

Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980, Stephen sedang menghitung hari untuk pulang ke California, terlintas di benaknya, mengapa Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau hasil usaha sendiri? Maka Stephen tergerak membuat tesis untuk Phd-nya yang mengambil masa selama 8 tahun..(wooo!! lama gila)

Marilah kita mulai dengan persiapan awal kelahiran. Di Israel, setelah mengetahui si ibu sedang mengandung, si ibu akan menyanyi dan bermain piano. Si ibu dan bapa akan membeli buku matematik lalu menyelesaikan soalan itu bersama-sama. Stephen sungguh hairan kerana sahabatnya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya beberapa soalan yang tak dapat diselesaikannya.

Secara kebetulan Stephen pakar matematik. Stephen bertanya, "Apakah ini untuk anak kamu?"
Dia menjawab, "Iya, ini untuk anak saya yang masih dalam kandungan, saya sedang melatih otaknya, semoga ia menjadi genius." Hal ini membuat Stephen tertarik untuk mengikuti terus perkembangannya.

Tanpa merasa letih, si calon ibu menyelesaikan latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.
Antara perkara lain yang Stephen perhatikan ialah pemakanan. Sejak awal mengandung si ibu gemar makan kacang badam dan kurma bersama susu. Makanan tengah harinya pula ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang dicampur dengan badam dan berbagai jenis kacang-kacangan.

Menurut wanita Yahudi itu, daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosak perkembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung seperti kewajiban untuk ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika diundang untuk makan malam bersama orang Yahudi Stephen menceritakan, "Perhatian utama saya adalah menu mereka. Pada setiap tetamu yang saya perhatikan, mereka gemar makan ikan (hanya isi atau fillet)," katanya. Biasanya kalau sudah ada ikan, tidak ada daging. Ikan dan daging tidak ada bersama di satu meja. Menurut keluarga Yahudi, campuran daging dan ikan tak bagus dimakan bersama. Salad dan kacang adalah satu kemestian terutamanya kacang badam.

Uniknya, mereka akan makan buah-buahan terlebih dahulu sebelum hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda di undang ke rumah Yahudi, anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan berkarbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita mengantuk. Akibatnya badan menjadi lemah dan sukar untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, MEROKOK ADALAH DILARANG, apabila Anda di undang makan di rumah Yahudi, jangan sesekali merokok atau mereka akan menghalau anda keluar dari rumah mereka atau menyuruh anda merokok di luar rumah mereka. Menurut ilmuwan di Universiti Israel, kajian menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen. Ertinya, keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh). Suatu penemuan yang dari saintis gen dan DNA Israel.

Perhatian Stephen seterusnya adalah anak-anak Yahudi. Mereka sangat menjaga pemakanan mereka, makanan awal adalah buah buahan bersama kacang badam, di ikuti dengan pil minyak ikan kod(cod liver oil). Dalam pemerhatian Stephen, anak-anak Yahudi sangat cerdas. Rata-rata mereka memahami tiga bahasa, Hebrew, Arab dan Inggeris. Sejak kecil mereka telah dilatih bermain piano dan biola. Ini ialah suatu kewajiban. Menurut mereka bermain musik dan memahami not dapat meningkatkan IQ. Sudah tentu anak mereka akan menjadi pintar. Menurut saintis Yahudi, dendangan musik dapat merangsang otak.Tidak hairan ramai pakar musik berasal dari kaum Yahudi.

Seterusnya di kelas 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan di ajar matematik perniagaan. Pelajaran IPA sangat diutamakan. Didalam pengamatan Stephen, "Perbandingan dengan anak anak di California, dalam tingkat IQ-nya boleh saya katakan 6 tahun ke belakang!! !" katanya. Ini bermakna, kanak-kanak Yahudi berumur 6 tahun sama pintar kanak-kanak California berumur 12 tahun.

Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi suatu kewajiban bagi mereka. Sukan yang di utamakan adalah memanah, menembak dan berlari. Menurut sahabat Yahudinya, memanah dan menembak dapat melatih fokus. Di samping itu menembak sebahagian daripada persiapan untuk mempertahankan negara.

Pemerhatian Stephen beralih ke sekolah tinggi(menengah). Di sini murid-murid diajar dengan pelajaran sains. Mereka di dorong untuk mencipta produk. Meskipun projek mereka kadangkala lucu dan boros, tetapi ianya dihasilkan dengan teliti dan serius.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti ekonomi. Stephen sungguh terperanjat melihat mereka begitu serius belajar ekonomi. Diakhir tahun di universiti, mahasiswa diharuskan menjalankan satu projek dan harus mempraktikkan. Mereka hanya akan lulus jika team mereka(10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US I juta. Anda terperanjat? Itulah kenyataannya.(aku pun terperanjat gak^^)

Kesimpulan, berdasarkan teori Stephen, melahirkan anak dan keturunan yang cerdas ialah satu keharusan. Tentunya bukan perkara yang boleh dilakukan dalam satu malam. Ia memerlukan proses, dan mungkin melalui beberapa generasi.


p/s : yahudi buat smua ikut sunnah yg nabi ajarkan.... cthnya mereka dgar musik masa mgandung,tp dlm islam kita dengar bacaan al-quran..... cara2 pmakanan smua ikut sunnah.... tp kita umat islam langsung xamal.... malah duk amal pmakanan barat...

No comments:

Post a Comment